(18 GAMBAR) DRONE PENYERANG TERKINI ARAB SAUDI

(18 GAMBAR) DRONE PENYERANG TERKINI ARAB SAUDI  | Drone dengan kemampuan menyerang adalah all the rage sekarang.Amerika Syarikat menggunakan drone Predator sebagai pembunuh dari udara untuk menyerang "ketua pengganas" serata dunia. Most of the time yang dibunuh hanyalah orang awam. Terkini sebuah majlis perkahwinan diserang drone Predator mengakibatkan kematian orang tua, wanita dan kanak-kanak. For the longest time kemampuan menyerang menggunakan pesawat tanpa juruterbang adalah hak ekslusif Amerika Syarikat. 

Dengan kemampuan teknologi dan kekuatan ekonominya China kini secara perlahan-lahan mahu menandingi kemampuan Amerika Syarikat. Wing Loong ialah salah satu dari beberapa drone yang digunakan oleh China. Ianya adalah pesawat tiruan Predator B (MQ 9 Reaper) Amerika Syarikat yang juga mampu membawa senjata. Ia boleh digunakan untuk melancarkan serangan udara dan juga darat. 

Arab Saudi ialah kawan baik Amerika Syarikat yang membekalkan minyak pada jumlah yang tinggi kepada rakan mereka. Sungguhpun begitu selepas 911 Amerika Syarikat mula menyekat penjualan senjata terbaik mereka kepada Saudi. Akibat daripada sekatan ini Saudi flip table dan mula membeli senjata dari China yang tak banyak songeh. Beberapa Wing Loong kini dimiliki Saudi dan akhirnya sebuah negara "Islam" mempunyai armada pesawat penyerang tanpa pemandu mereka. Teknologi Wing Loong dan Predator B mungkin sudah ketinggalan. China dan USA kini mempunyai drone yang lebih berkuasa dan pantas. You got to start from somewhere. 



(18 GAMBAR) DRONE PENYERANG TERKINI ARAB SAUDI