(7 GAMBAR) DS NAJIB HADIR MAJLIS RESEPSI ANAK AHMAD SAID


(7 GAMBAR) DS NAJIB HADIR MAJLIS RESEPSI ANAK AHMAD SAID | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di kediaman bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di Kemaman hari ini bagi memeriahkan majlis perkahwinan anak perempuannya.

(7 GAMBAR) DS NAJIB HADIR MAJLIS RESEPSI ANAK AHMAD SAID

Najib tiba dengan menaiki helikopter dari Pekan, Pahang sekitar jam 1.10 petang tadi.

Salah faham berhubung tarikh perkahwinan anak perempuan Ahmad dengan Najib menjadi punca Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal itu mengisytiharkan beliau keluar dari Umno bersama Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud pada 13 Mei lalu.

Tindakan itu dilakukan mereka sehari selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Terengganu menggantikan Ahmad.

Isu itu bagaimanapun selesai kurang 48 jam berikutnya apabila Najib dan Ahmad saling bermaafan, lapor The Malaysian Insider.