'PEMINAT ANGGAP VIDEO SIANG IKAN KEJAM' - KARL SHAFEK

'PEMINAT ANGGAP VIDEO SIANG IKAN KEJAM' - KARL SHAFEK | Nampaknya video pelakon Karl Shafek menyiang ikan patin menjadi isu pula dikalangan peminatnya yang menganggapnya kejam.

'PEMINAT ANGGAP VIDEO SIANG IKAN KEJAM' - KARL SHAFEK

Peminat Anggap Video Siang Ikan Kejam - Karl Shafek
"Sebenarnya saya cuma nak tunjuk cara nak masak ikan yang segar sebab itu saya mengeluarkan rakaman video tersebut di Instagram.

"Tak sangka pula ia menjadi sensitif kepada segelintir peminat sedangkan ia merupakan perkara biasa dalam menyiang ikan segar.

"Saya harap perkara ini tidak disensasikan kerana ia sekadar video biasa," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Isnin.

Ahad lalu, Karl telah memuatnaik sebuah video dia sedang menyiang ikan patin yang masih hidup.

Video itu mendapat komen daripada para peminat yang mengatakan dia sangat kejam kerana menyiang ikan berkenaan tanpa mengetuk kepala agar ia mati terlebih dahulu sebelum menyiangnya.