(GAMBAR) KERANI DIBUNUH KERANA ENGGAN BENARKAN PELANGGANNYA BERHUTANG MEMBELI ROKOK

(GAMBAR) KERANI DIBUNUH KERANA ENGGAN BENARKAN PELANGGANNYA BERHUTANG MEMBELI ROKOK | Menurut sumber, lelaki Arab yang berasal dari Yaman ini cuba untuk membeli satu pek rokok daripada seorang kerani yang merupakan seorang pekerja asing yang berasal dari India. 

Kejadian berlaku di Arab Saudi.

(GAMBAR) KERANI DIBUNUH KERANA ENGGAN BENARKAN PELANGGANNYA BERHUTANG MEMBELI ROKOK

Lelaki Arab ini dipercayai tidak mempunyai wang yang mencukupi sebanyak 3 Riyal dan cuba meminta untuk berhutang dengan kerani berasal dari India itu.

Namun, tindakan lelaki Arab itu tidak persetujui oleh kerani India tersebut kerana polisi kedainya tidak membenarkan pelanggannya berhutang.

Maka, lelaki Arab itu pulang ke rumahnya dan mengambil pisau dan kembali ke kedai tersebut lalu menikam kerani India itu bertalu-talu tanpa belas kasihan di tengah-tengah jalan raya yang sibuk di siang hari.