(GAMBAR) LAPANGAN TERBANG KLIA 2 YANG CANTIK MENGGANTIKAN LCCT

(GAMBAR) LAPANGAN TERBANG KLIA 2 YANG CANTIK MENGGANTIKAN LCCTSeperti yang kita sedia maklumkan, lapangan terbang KLIA 2 bakal memulakan operasi pada hari ini berkuatkuasa 2 Mei 2014. Pembukaan KLIA 2 pada mulanya mencetuskan kurang rasa senang oleh pihak Air Asia kerana membimbangkan faktor keselamatan kakitangan dan penumpangnya. Bagaimanapun mereka tetap perlu berpindah ke sini yang dijadualkan pada awal bulan Mei ini juga. KLIA 2 juga merupakan lapangan terbang yang dilihat mempunyai kapasiti pengunjung yang mampu memberikan keselesaanberbanding di LCCT. Tambahan lagi di LCCT ruang menunggu juga terhad malah tempat letak kereta juga tidak mencukupi. Jom layan gambar di bawah ini.

(GAMBAR) LAPANGAN TERBANG KLIA 2 YANG CANTIK MENGGANTIKAN LCCT

Terminal klia2 adalah seluas sekurang-kurangnya 257,000 meter persegi, dengan 60 pintu pelepasan, 8 remote stands, 80 aerobridges, ditambah dengan ruang runcit 32,000 meter persegi untuk menampung lebih 225 kedai runcit termasuklah butik dan restoran.