(GAMBAR) MODEL YANG MENGHIDAPI PENYAKIT 'SOPAK'

(GAMBAR) MODEL YANG MENGHIDAPI PENYAKIT 'SOPAK' | NAMA penyakit ‘vitiligo’ mungkin agak asing pada pendengaran masyarakat kita, namun jika disebut sopak, ramai yang membayangkan pesakitnya yang mempunyai tompok-tompok putih pada tubuh mereka.

(GAMBAR) MODEL YANG MENGHIDAPI PENYAKIT 'SOPAK'

Secara saintifiknya, ia merupakan masalah pigmentasi apabila sel-sel yang menghasilkan pigmen di kulit musnah.


Penyanyi pop terkenal dunia, Michael Jackson adalah antara mereka yang menghidapi penyakit ini.

Ramai pesakit yang mengalaminya berasa rendah diri kerana fizikal mereka yang berbeza daripada individu normal.

Namun, bagi gadis yang berasal dari Kanada, Chantelle Brown-Young, 19, dia tidak menjadikan penyakit itu sebagai penghalang cita-citanya untuk menjadi model.

Dia yang merupakan salah seorang finalis program realiti America’s Next Top Model terbaru mengakui dirinya pernah menjadi mangsa buli kerana vitiligo.



“Semasa membesar, saya diusik dan dibuli dengan panggilan lembu, kuda belang dan bermcam-macam lagi,” ujarnya, memetik OddityCentral.

Penghinaan sebegitu membuatkan dia pernah terfikir untuk membunuh diri.


Namun, selepas berpindah ke California, Chantelle mengambil keputusan untuk memulakan hidup baru dan menerima keadaan diri dengan seadanya.

Sikap positif yang cuba dipupuknya akhirnya membawa kepada kejayaannya apabila diterima untuk menghiasi majalah selain muncul di kaca televisyen.



Pendek kata, Chantelle mungkin satu-satunya model vitiligo yang berjaya muncul dalam dunia komersil.


Pada masa yang sama, dia juga turut menjadi jurucakap dan duta untuk komuniti vitiligo.