LIA NATALIA, BERKEMBAN UNTUK POPULAR?

LIA NATALIA, BERKEMBAN UNTUK POPULAR? | KENAL dengan Lia Natalia?

LIA NATALIA, BERKEMBAN UNTUK POPULAR?

Mungkin tak banyak yang kenal dengan pelakon berusia 22 tahun ini. Tetapi Miss J percaya Lia akan popular malah sekarang pun dah popular apabila dia berkemban dalam drama Takhta Tiga Ratu. Drama bersiri ini akan disiarkan di Astro tetapi Miss J tak tahu saluran yang mana satu. Suatu yang menarik juga ialah tentang definisi berkemban bagi Lia.

Kata Lia dalam satu laporan di akhbar, memang dia berkemban tetapi bukan tak berpakaian langsung. Fuyoo, ini jawapan yang sangat bijak. Miss Percaya bagi Lia selagi ada pakaian, itu dibolehkan kerana bukan telanjang bulat. Tak hairanlah kalau dia sanggup berkemban tambahan pula sekarang ini orang bukan berkemban di sungai macam Miss J di kampung dulu. Sekarang orang berkemban masa pergi majlis macam festival filem atau Anugerah Juara Lagu.

Miss J tengok Lia yang cantik menawan ini akan meletup namanya sebagai "anak seni" dengan adegan berkemban dalam drama ini. Dalam dunia hiburan, teman Miss J pesan, kenalah pandai atur strategi untuk menarik perhatian. Kalau sivik sangat orang tak pandang, kena buat kecoh atau kontroversi kerana itu adalah publisiti.

Lia Natalia dalam Takhta Tiga Ratu

Miss J tak tahu nak kata apa lagilah kepada gadis mentah ini kerana di fikirannya sudah tertanam bahawa seseorang wanita di negara ini Melayu pula tu boleh berpakaian apa sahaja asalkan bukan tak berpakaian.

Miss J nak tolong tegurkan pun nanti dikatakan Miss J kolot kerana artis wanita kita sudah banyak berkemban. Tetapi walau apa pun, Lia terlalu muda untuk dikontroversikan dengan isu yang memalukan mak ayahnya. Kalau Miss J jadi mak Lia, Miss J malu dan langsung tak angkat muka.

Lagi pun pengarah drama itu yang sudah tua bangka pun tak tegur ketelanjuran pelakon muda ini. Kalau dia anggap Lia macam anak dia, tentu dia tegur bahawa berkemban itu bukan sahaja tidak manis malah menconteng arang di muka mak bapa.

Miss J geleng kepala kerana yang tua dan berakal tidak menggunakan untuk kebaikan. Lia mungkin muda tetapi dia yang sebaya mak Lia kena tegur dan jangan adakan babak berkemban dalam drama itu.

Tetapi teman Miss J bagi tau, buat apa dia nak tegur sebab dialah yang buat babak berkemban hingga sanggup masuk neraka kerana mempertahankan babak wanita Islam berkemban dalam drama itu. Oh gitu pulak.