LIYANA JASMAY SELAMAT MELAHIRKAN BAYI PEREMPUAN

LIYANA JASMAY SELAMAT MELAHIRKAN BAYI PEREMPUAN | Alhamdulillah seorang lagi selebriti tanah air, Liyana Jasmay dilaporkan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Dah selamat jadi ibu pun penyanyi dan pelakon kecil molek tu kan 

LIYANA JASMAY SELAMAT MELAHIRKAN BAYI PEREMPUAN

Liyana, 26, melahirkan bayi seberat 2.9 kilogram pada jam 7.40 malam di Pusat Perubatan Prince Court, di sini.

Berita kelahiran itu disahkan ibunya Habsah Simpon. “Alhamdulillah semua berjalan lancar Liyana dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin.


“Kira-kira jam 7.40 malam Isnin dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram secara normal,” katanya seperti yang dilaporkan sebuah portal.

Bagaimanapun, Liyana masih belum mengumumkan nama pilihan untuk bayi sulung itu.

Liyana berkahwin dengan Fathuddin Mazlan, 30, pada 2 Februari tahun lalu dalam satu majlis di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Tahniah dan selamat menempuhi hidup sebagai ibu dan ayah Zyra dan seluruh admin Fuh.My ucapkan kepada Liyana dan Fathuddin