'MAK MAH SEMAKIN ANGAU, GIGIH KURUSKAN BADAN' - ADLIN

'MAK MAH SEMAKIN ANGAU, GIGIH KURUSKAN BADAN' - ADLIN | Tinggal beberapa hari sahaja lagi status ibu tunggal yang selama ini digalas pelakon veteran Ruminah Sidek atau lebih dikenali sebagai Mak Mah akan bertukar.

'MAK MAH SEMAKIN ANGAU, GIGIH KURUSKAN BADAN' - ADLIN

Mak Mah dijadualkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang peneroka felda Al-Fatah Rahim Ismail, 70, pada 17 Mei depan.

Menurut anak Mak Mah, iaitu pelakon dan pengarah terkenal, Adlin Aman Ramlie sempat berseloroh mengatakan ibunya kini sedang angau mengalahkan orang muda yang mahu naik pelamin serta gigih menguruskan badan untuk majlis bahagianya itu.


“Alhamdulillah, kami anak-anak tumpang gembira apabila melihat mak bahagia. Kami gembira dengan keputusan mak. Mak sekarang nampak lebih angau daripada orang muda yang nak naik pelamin.

“Mak juga sekarang tengah berusaha menguruskan badan agar dapat memakai kebaya. Sampai pitam-pitam mak berusaha pakai kebaya,” katanya memetik Malaysian Digest.

Mak Mah, 68, sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di Meru, Klang.

Bibit-bibit perkenalan Mak Mah dan Al-Fatah bermula ketika kedua-duanya mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu.