PAKAI BAJU SEMUA "TERSEMBUL" TAPI ANAK IMAM, MACAM MANA?


Saya remaja berusia 16 tahun dan mempunyai rakan yang sering berpakaian seksi, kerap memakai seluar dan skirt pendek. Tapi saya senang berkawan dengannya kerana dia baik hati.

Yang membuatkan hati saya bertambah sedih, dia pelajar sekolah agama dan bapanya juga imam di kampung.

Kami satu sekolah dan saya rakan karibnya. Saya banyak kali menegur kerana tidak mahu dia terus menjadi sasaran ejekan dan cemuhan orang ramai, tapi akibatnya dia merajuk dan tidak mahu berkawan dengan saya.

Saya tahu iman bukanlah benda yang boleh diwarisi dan diukur menerusi pakaian, tetapi saya rasa lebih elok dia mengenakan pakaian sopan.

Saya sering mendoakan dia berubah meskipun kadangkala saya turut menerima tempias kutukan masyarakat terhadapnya. Bagaimana cara untuk membantu dia berubah?

IRDANI
Kluang, Johor


Saudari kawan yang baik kerana sanggup menelan segala kutukan serta cercaan terhadap kawan karib. walaupun anda boleh saja untuk tidak menghiraukannya, anda tidak berbuat demikian, malah sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya.

Bagi Dang Setia, semua ini telah membuktikan adik rakan yang baik sama ada ketika susah atau senang erta boleh bergantung harap apabila memerlukan.

Mengenai rakan berpakaian seksi, adik perlu berikhtiar untuk mengubahnya kerana ia juga tanggungjawab.

Mungkin memaksanya mengubah terlalu drastik dan ‘keras’ bukan contoh yang terbaik. Atas sebab itu, dia semakin memberontak dan lebih berani kerana ingin melepaskan geram terhadap individu yang mengutuknya.

Pada Dang Setia, adik perlu berusaha memujuknya mengubah cara penampilan. Minta dia berpakaian menutup aurat supaya dihormati kerana dalam Islam sendiri meletakkan darjat wanita tinggi dan memelihara kehormatan bermula dengan menutup aurat.

Beritahu tujuan anda menasihati disebabkan adik sayang dan tidak mahu dia terima cercaan. -SAB