(VIDEO) KELICIKAN WANITA BERTUDUNG MENCURI

(VIDEO) KELICIKAN WANITA BERTUDUNG MENCURI | Video yang kami kongsikan ini memberikan mesej jelas bahawa rupa dan penampilan fizikal seseorang tidak menggambarkan hatinya.

(VIDEO) KELICIKAN WANITA BERTUDUNG MENCURI

Seorang wanita yang sedang leka membeli-belah di sebuah kedai meninggalkan beg tangannya di atas kerusi dengan harapan suami dan anak-anaknya akan mengawasi beg tersebut.

Pada masa yang sama, kelihatan seorang wanita bertudung berlegar-legar di sekitar kawasan itu.

Dia kemudiannya mengambil sebuah beg yang digantung di kedai tersebut dan dengan selamba menukarkannya dengan beg wanita itu sebelum beredar.

Memang licik! Apa pun, berhati-hatilah dengan setiap tindakan anda kerana penjenayah sentiasa menanti peluang atas kelekaan anda…