(VIDEO) LAGAK LELAKI CINA YANG MENYERANG WANITA YANG MEMANDU KERETA

(VIDEO) LAGAK LELAKI CINA YANG MENYERANG WANITA YANG MEMANDU KERETA | BILA nak jadi samseng jalanan, pastikan diri sendiri tenang dan tidak kelam-kabut kerana perbuatan kita akan dilihat bodoh dan mudah ditertawakan.

(VIDEO) LAGAK LELAKI CINA YANG MENYERANG WANITA YANG MEMANDU KERETA

Lebih elok, jangan jadi samseng terus kerana ia adalah perbuatan yang cenderung untuk menjerumuskan seseorang itu ke kancah jenayah.

Itulah lebih kurang ceritanya daripada sebuah video yang dipaparkan di laman Facebook Friends Of Barisan Nasional ke atas cerita seorang lelaki yang menaiki motosikal tetapi mahu berlagak samseng.

Penulis pasti ada kes tertentu yang berlaku sebelum rakaman bermula kerana ia menunjukkan dengan jelas kemarahan lelaki cina itu yang cuba untuk membuat provokasi kepada pemandu wanita.

Bagaimanapun, perbuatan kelam-kabut si samseng menyebabkan pemandu wanita itu tidak menghiraukan langsung perlakuannya.

Sudahlah pada mula-mula konon ingin menyerang kereta itu motosikalnya tidak diletakkan dengan elok, selepas itu bila nak mengetuk cermin kereta wanita berkenaan, telefon bimbit pula jatuh.

Baik tak payah jadi samseng kalau kelam-kabut begitu.

Lelaki itu sengaja menunggang motosikalnya lambat-lambat dan sesekali membrek mengejut menyebabkan wanita itu terpaksa memberhentikan kereta.

Samseng itu kemudiannya sempat menumbuk cermin kereta wanita itu hingga retak dan kemudian memarahi wanita itu dari luar kereta.

Daripada niat lelaki itu hendak menakutkan wanita itu, ia jadi satu perlakuan bodoh di hadapan kamera yang membuatkan orang tidak mempedulikan langsung apa tindakannya kerana hanya membazir masa.