(3 GAMBAR) TASHA SHILLA BERI SEMANGAT KEPADA KEKASIH DALAM PERTANDINGAN MIMMA 2

(3 GAMBAR) TASHA SHILLA BERI SEMANGAT KEPADA KEKASIH DALAM PERTANDINGAN MIMMA 2 | Peninju Muay Thai yang juga kekasih kepada Tasha Shilla iaitu Han Chen Wong memberitahu kehadiran aktres berkenaan untuk memberi sokongan ketika dia menyertai perlawanan Ladder Match Malaysia Mixed Martial Arts (MIMMA 2) musim kedua yang diadakan di Paradigm Mall di sini pada Ahad memberi lebih keyakinan sehingga dia menang acara itu.

(3 GAMBAR) TASHA SHILLA BERI SEMANGAT KEPADA KEKASIH DALAM PERTANDINGAN MIMMA 2

Han, 24, berkata, dia terkejut dengan semangat Tasha yang turut berada di gelanggang sepanjang perlawanan itu berlangsung."Ia adalah pertama kali saya menyertai MIMMA kerana sebelum ini saya hanya fokus kepada Muay Thai sahaja tetapi kehadiran Tasha sangat bermakna buat saya kerana saya menjadi lebih yakin untuk bertarung.

"Dari jauh saya dengar suaranya memberikan kata-kata semangat dan kehadirannya membantu saya untuk memenangi pertandingan itu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Ahad.|

Tasha sentiasa bersedia untuk memberikan semangat kepada Han semasa waktu berehat. 

Pada pertandingan anjuran Tune Talk itu, Han berjaya menewaskan lawannya, Aaron Tan di pusingan kedua dan melayakkan dia ke pusingan suku akhir pada 21 dan 22 Jun depan.Dalam pada itu, Han berkata, sebagai pasangan kekasih mereka sentiasa menyokong kerjaya masing-masing namun dia terkejut dengan semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh Tasha terhadapnya.

"Sebelum ini Tasha selalu juga ikut sekiranya saya ada apa-apa pertandingan tetapi tidak sebagai 'cornerwoman' tetapi kali ini dia benar-benar memperlihatkan semangat kesukanan yang tinggi," ujarnya.

Pasangan ini sentiasa menyokong kerjaya masing-masing.

Sementara itu, Tasha berkata, biarpun pertama kali bertindak sebagai 'cornerwoman' namun dia tidak kekok kerana sebelum ini sering memerhati tugas yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki semasa menemani Han ke perlawanan Muay Thai.

Malah kata Tasha, dia gembira dapat memberi sokongan kepada Han kerana kekasihnya itu sentiasa menyokong kerjayanya dan sering menemaninya ke majlis-majlis hiburan.

"Setiap pusingan akan ada waktu rehat selama lima minit dan peluang itu saya gunakan untuk memberi kata-kata semangat selain memastikan dia berada dalam keadaan baik untuk perlawanan seterusnya.

Saya sangat gembira dapat beri sokongan kepada dia malah ini adalah satu pengalaman baharu buat saya," ujarnya