TIPS DAN PANDUAN MENGHAFAL SETIAP JUZUK AL-QURAN | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang Dr Fuh kasihi. Tadi Dr Fuh ada terbaca satu artikel yang sangat bermanfaat dari blog milik oh! media iaitu ohislam.com. Apa salahnya kalau artikel ilmiah dikongsi bersama-sama ye dak? Jom kita baca tips atau cara mudah untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Subhanallah.
TIPS DAN PANDUAN MENGHAFAL SETIAP JUZUK AL-QURAN
p/s: Tips ini sesuai diaplikasikan kepada Al-Quran cetakan biasa
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran.
0 comments:
Post a Comment