PELAKON TERKENAL DISANGKA PENGEMIS JALANAN

PELAKON TERKENAL DISANGKA PENGEMIS JALANAN | Perbuatan mulia seorang pelancong wanita dari Perancis, Karine Gombeau yang memberikan sekeping pizza kepada seorang lelaki yang disangka pengemis jalanan akhirnya memberikan kejutan manis buat dirinya.

PELAKON TERKENAL DISANGKA PENGEMIS JALANAN

Ini kerana lelaki warga emas yang disangka pengemis itu merupakan pelakon popular Hollywood, Richard Gere yang merakam babak lakonan dalam filem terbaharunya, Time Out Mind di tengah-tengah jalan sibuk di kota New York.

Menceritakan pengalamannya itu, Karine pada mulanya ternampak Gere sedang sibuk mencari lebihan makanan di tong sampah berhampiran sebelum menghampirinya dan menawarkan sekeping pizza buat Gere.

Karine langsung tidak menyedari lelaki tersebut adalah Gere sehinggalah dia melihat gambarnya terpampang di kaca televisyen pada keesokan hari.

Sejak peristiwa itu, nama Karine terus menjadi viral di media arus perdana di Amerika dan Perancis.