(VIDEO) MASIH HIDUP SELEPAS DUA KALI DIPANAH PETIR

(VIDEO) MASIH HIDUP SELEPAS DUA KALI DIPANAH PETIR | PEPATAH dahulu pernah menyebut, berpantang maut sebelum ajal.

(VIDEO) MASIH HIDUP SELEPAS DUA KALI DIPANAH PETIR

Bahasa mudahnya, selagi belum tiba masanya untuk kita dijemput Ilahi, selagi itulah kita masih bernyawa.

Video yang ingin kami kongsikan ini adalah antara situasi yang sesuai untuk menggambarkan pepatah itu.

Biar pun ia sudah berlaku kira-kira tiga tahun lalu, namun ia masih dianggap keajaiban oleh ramai pihak.

Ia merupakan rakaman CCTV mengenai seorang lelaki yang dipanah petir sebanyak dua kali, namun masih hidup dan mampu berjalan selepas itu.

Panahan petir mampu menyebabkan kematian akibat cas elektriknya yang menyebabkan jantung dan pernafasan berhenti.